F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW
Kerana Cinta ~
Assalamualaikum WBT.



kayy , ana nak kongsi mengenai perkataan cinta.
Sangat bermakna? Bukan sebab ana sudah jatuh cinta pada seseorang ea.
hehe, just ~
kayy, sume tahu kan cinta ? Ana ni bukan la banyak sangat ilmu macam pssstss.. tuh kan ?





Tidak akan ade manusia yang tidak pernah merasai kehadiran cinta dlm hati nya,  hanya akan ada PERNAH, atau SEDANG. itu semua ketentuan ALLAH SWT.

Kita tak boleh menolak bila ia hadir dalam jiwa kita , kan ? susah tuh ~ tapi kita boleh pelihara ia sebaik nya kn ?
hurm, C I N T A tuh ape ea ?


C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu , perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).


Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.




Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang yang telah 'syirik' iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.

Ini kerana hawa nafsu CINTA harus disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w , sebagaimana ayat di dalam surah Ali' Imran  ayat 31.


" Katakanlah (wahai Muhammad): " Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".


'

Cinta merupakan satu kuasa yang sangat luar biasa.Jika tepat pada masa, ketika dan siapa , kuasa cinta tidak akan dapat ditandingi apalagi dikalahkan ! Justeru itu, sangat penting untuk menghalakan kuasa cinta. Jika terarah kepada kebaikan, alhamdulillah kebaikanlah yang akan tertegak. Sebaliknya, jika tersalah arah, maka kejahatan lah yang akan bermaharajalela !

SEMUA kerana C I N T A
'
Kerana cinta yang benar, ramai para mujahid rela mati syahid.Kerana cinta palsu, ramai pemuda yang mati membunuh diri. Itulah kuasa luar biasa cinta..
Bukan hanya masa,harta, malah jiwa sanggup dikorbankan.


Kerana CINTA kepada ALLAH, Rasulullah SAW sanggup bermati matian memperjuangkan Islam. Baginda dicerca,diseksa, dan diancam dibunuh, Namun Baginda tetap tabah membawa umatnya kepada ALLAH. Ya, Rasulullah SAW sangat mencintai ALLAH dan umatnya, dan dengan dua cinta itulah Baginda seolah olah tidak terasa beban kesusahan dalam menyampaikan ajaran Islam. Cinta berkuasa mengecilkan derita, menguncupkan sengsara.


 Kitaran cinta itu disambung oleh para sahabat iaitu generasi yang sangat mencintai Allah dan RasulNya.
Bayangkan, apakah rahsia disebalik penyebaran Islam ?Daripada satu agama yang diseru secara sembunyi sembunyi di rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam 1400 tahun lalu, kini tersebar secara meluas di seantero dunia.


Apa yang menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sanggup merentasi lautan dan padang pasir umtuk menegakkan syiar Islam ? Ya, Kerana C I N T A ! Cinta kepada ALLAH dan Rasulullah SAW merupakan sumbu kepada kegigihan para mujahidid,mujtahid,mujahid dan mubaligh Islam, hingga dengan itu berbillion billon manusia mendapat hidayah. Itulah wajah indah C I N T A !


Jadi,peliharalah cinta antum terutama kepada Allah dan RasulNya !
Dan ingatlah, Tidak sempurna iman seseorang itu jika tidak mencintai saudaranya sendiri sepertimana mencintai dirinya sendiri !

hehee, inilah satu cebisan yang ingin ana sampaikan..


Dan Ana sangat2 sayang kepada sahabat2 dan keluarga ana. hehe

tak kira lah baik ke jahat. mereka tetap saudara kita. Sebenarnya kita seharusnya menerima segala kebaikan dan keburukan seseorang itu. Sebab kita ni manusia . Hamba Allah yang sangat lemah. mudah terdedah dengan godaan syaitan laknatullah. Manusia bukanlah makhluk Allah yang sempurna. Tapi ingatlah sebagai manusia dan hamba Allah, kita mestilah menjalankan tanggungjawab kita sebagai Khalifah di bumi ini walau apa pun halangan yang datang ! insyaAllah. (>w<)


Roommate P106/P209




Malis - Atikah - Xza


Family <3



Bestie ~ Fyzan - Malis <3


Trimaas sudi singgah kjup ! have a nice day and may ALLAH bless u 

Kayy, Finger off (>w<)

0 comment[s] | back to top