F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW
Hurm... Thinkin' bout someone
Assalamualaikum W.B.T


S0meone huh ??

homew0rk larhh jwpn nyew !! sape agy an ?

weyhh !! bile homework byk, egt aku nk buat ke ?

aku buat larh cikit! cikit je kowt!!

aku malas ea ?

tolong doakan aku rajin ! PLEASE !!!!

hurm..

 Nazmi Nazaruddin.. ko nie. nk sangat ke aku kutuk ko kat blog aku nie ?


x paham aku

 okeyy fine !!



Nazmi nie----->bestfriend aku



tapi aku x taw larh dye anggap aku sbg ape an ?

kami de hutang masing-masing

nak taw ?? x boleh x boleh..

aku da byr tapi dye x puas hati plak !!

nape nazmi ?!!!!!!

mengapa ?!!!!

are u wish t0 die ??

 Nazmi ni antara salah s0rg yg suke "bahan" aku

lagi s0rg ? sapa agy klu bukan si Alif yg tututtttt tuuttt

mereka berdue ni---> muke je cm matured! tapi perangai same je 2 kali 5

mcm budak budak..

tapi nazmi ckp dye x macam si Alif tuh
w0keyy fine

pape pon bole arhh

yang penting skarang
 aku tetap sayang korg kerana ALLAH S.W.T

Nazmi, aku masih tertanya tanya kenapa taw..
bukan nye nk bgtaw

hurm, nanti aku bayar ea.. aku ngah pikir nie nk wat cmne
 tapi an ko boleh plak main2 kan aku an ??

cekik kang!!!

aku still x phm knape ko nk aku bayar hutang tuh.. (+___+)



okeyyy finish with that~

hurm, semalam aku menyamar jadi adek aku, si Imran

hehee.. dye da tido lupe nk tutop skype
aku usha arr kawan dye

nme dye Ain

hehee dye engat aku Imran

aku pun chat larh, tnye pasal BF dye, target tuk pmr n mcm agy

aku ciap berceramah kat dye sebab dye target 6A je 
alasan dye sebab dye x pandai cam akak dye
kite nk pndai usaha kene gile gile mantap !!

xde usaha x berjaya larh.. such as no money, no talk
right ?

dye trkezut larh an cammane "Imran" leh cakap cmtuh

dye ckp "pesal mlm nie ko pelik, ade ke lapa,tapi ceramah kt aku plak"

hahaha.. sebab pe taw, aku ckp aku lapa.. biase larh tuh
aku an klu chat ngan org mesti ckp aku lapa
x taw larh npe an ?



Nazmi suke ckp "hah mule la tu merajuk,kang bile dah merajuk mule la mkn banyak,kang bile dah makan mule la gemuk,kang bile dah gemuk mule la aku kutuk, kang bile aku mengutuk mule la merajuk,hah lepas tu terus menerus gemok"

Geram !!!!!!! (==')
ade ke dye ckp camtuh!!
da larhh nk "bang" aku betul betul
ko "bang" aku "bukk" ko
hahaha ..


hurm...saje nk share..
something from "iluvislam.com"

 
babySemua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.



 "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

nie dr tajuk artikel "Jarak itu menjaga Aku dan Dia"



s0mthing that i wanna share here ~
From iluvislam.com

Perangkap Cinta~

Naluri insan mendambakan cinta
Lumrah dicipta Tuhan itu sungguh mulia

Namun mesti dipandu tepat syariatnya
Kerana musuh Tuhan memasang perangkap cinta

Namun kau tetap menghampirinya
Yakin imanmu mampu mengawal gelora
Tanpa kau sedar ia rapuh bak kaca
Kini perangkap cinta sudah mengena

Cinta yang tak bertempat kau hulurkan
Mengundang nikmat secara istidraj
Iblis dan syaitan ketawa riang

Cinta nafsu yang menjadi rujukan
Membawa engkau ke alam khayalan
Bermandi dosa yang engkau halalkan

Akhirnya si kecil yang menjadi mangsa
Insan suci yang tidak berdosa
Engkau zaliminya



Cinta yang salah saluran kau tagih
Mengiktiraf engkau sang hamba abdi
Si raja nafsu amarah yang zalim

Cinta terlarang yang engkau redahi
Tuhan yang melihat engkau abaikan
MurkaNya hebat azab pasti bertandang

Akhirnya sesalanmu tidak berguna
Agama, dirimu, keluarga, sanak dan saudara
Tercalar maruah


Ade lagi satu cerita nak share.. hehe tulus dr iluvislam.com
byk plak nk share hari ni ea ?? hehehe
Nota Lelaki Kepada Perempuan Comelnya Sepanjang Hidupnya~

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani,
baby
Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .

Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.

Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .

Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.

Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.

Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.

Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.

Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.

Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.

Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.
coffee
















Dakwat rindu masih 
basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.

Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .

Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .

Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .

' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '

Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .

oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.

        alarhhhh... sweeettt nye, ade tak seorang kaum adam yg sebegini yang aku kenali ??


Aku harap sangat aku menemui seorang lelaki yg sebegini.. Amin

w0keyyy.. ini sahaja yang aku nak kongsi.. soryy trpanjang lebar pulak
mesti penat nak membace an ??

aku mintak maaf ye.. peace!!! don't "debukk-debukk" me kayy ?? 



hehe.. Finger off (+___+)

0 comment[s] | back to top